Episode [3] *Kemelut*
Tanah sudah dibeli. Ibarat perahu sudah di air dayung sudah di tangan. Bila lagi hendak mudek. "Bor-mengebor, rak-mengerak", bunyi macamlah lagu Pak Tambang. Persoalannya ialah tapak tersebut ialah kawasan banjir nombor satu. Persoalan kedua bagaimana hendak buat rumah? Kalau buat rumah kayu sebarangan nanti hanyut dipukul gelombang. Kalau buat rumah batu sebarangan juga nanti senget, tiba-tiba runtuh di tengah malam. Ayah berminat dengan rumah Pak Cik Jamal, tiang rendah, di dalam rumah luas dan ada jamban tarik. Cantik rumahnya, baru sahaja didirikan dengan kos lebih kurang RM 40,000.00. Bersabit hal bau jamban, ada cerita baru. Rupa-rupanya ada seorang hamba Allah bernama Pak Jokok selang dua buah rumah berdekatan. Mengadulah Pak Cik Jamal kepada ayah bahawa Pak Jokok ini kerjanya 'pow' orang sahaja. Kemana hendak menghala 'blow' jamban yang wnagi itu? Ke udara gayat, ke laut lemas, ke darat menghala rumah Pak Jokok. Huh!, serba salah dan bertambah runsing ayahandaku. Pak Cik Jamal ini asyik bawa cerita samseng Pak Jokok pula. Pak Jokok ini macam samseng kampung, sudah banyak orang kena belasah oleh gengnya tidak kira tua, muda atau budak-budak. Orang kampung simpan dendam tetapi tidak mengadu kepada pihak berwajib sebab takut 'diintai' oleh geng Pak Jokok ini yang ramai terdiri dari suku sakatnya. Mungkin dah keturunan agaknya!
Hal Pak Jokok ini boleh dibawa berunding jelas Pak Cik Jamal. Usah bimbang, ini perkara kecil sahaja. Hal tanah selalu kena banjir pun dapat diatasi dengan menemboknya supaya rata dengan jalan raya. "Cantik dan 'best' ", kata Pak Hj.Hasbi. Akhir-akhir ini Pak Hj.Hasbi pun selalu melawat tapak tanah tersebut, tanah di tepi jalan raya sekali. Buat kedai pun jadi, apa lagi kalau buat rumah batu, macam istana Balkis, seakan bunyinya. Angan-angan Mat Jenen. Bila lapang ayah dan ibu pergi ketapak tanah tersebut. Walau pun sudah ditebas, ditanda, dipancang dan diukur namun masih curiga. "Takut ada orang tak suak", kata ayah. Kita orang datang mesti hormat habis-habisan kat Pak Jokok. Pak Jokok ada geng, putih katanya putih, hitam katanya hitam, mengalahkan Tok Penghulu dibuatnya. Walauoun sudah berbulan bertandang di Kampung NJ ini, namun kelibat Pak Jokok tidak pernah ditemui, ibarat ada suara rupa tiada, macam halimunan. Mungkin Pak Jokok suka keluar waktu malam sahaja macam kelawar atau dracula. Ayah tidak bimbang akan Pak Jokok keran bukan hendak cari gaduh tetapi hendak bermasyarakat.
Tidak semena-mena kaki ayah dan ibu sakit macam dicucuk jarum dari tumit hingga ke pinggang setiap kali pergi ke tanah tersebut. Peliknya mereka berdua tiba-tiba jatuh sakit. Takut juga kena sampok atau badi. Kalau percaya membuta tuli nanti syirik pula. Tidak percaya, sakit depan mata. Tanah tersebut asalnya kedai cina, tuannya sudah pun lari, dibeli oleh Hj. Sikh dan dijual pula pada Nenek Umar. Tanah tidak ada surat, mungkin tanam minyak buat pagar atau apa saja yang mistik. Ayah sangat bingung tentang penyakit ini kerana khuatir buatan orang pula. Kedua orang tua aku ini pun berubat dengan dukun untuk mencari penawarnya. Bila baik, pergi lagi ketapak tersebut dan sakit lagi. Geleng kepala ayahku, apa kejadahnya! Suatu hari isteri Pak Cik Jamal mengersyorkan berubat kepada dukun Indon Hj.Anwar tetapi tidak kesampaian hingga ke hari ini. Misteri tinggal misteri tanpa sebarang jawapan........
bersambung......
No comments:
Post a Comment