Wednesday, 1 January 2014

Episode [4] *Kemelut*


Episode [4] *Kemelut*

   Pengalaman mendirikan rumah buat kami sekeluarga bukanlah kali pertama. Sebaik sahaja ayah pencen kami telah mendirikan rumah di pinggir sebuah kampung, terletak di atas bukit berhadapan dengan sungai, ada loji penapis air. Tanah rumah ini pun tanah kampung tanpa geran hanya belas ihsan dari Ketua Kampung. Ketua Kampung pun meluluskan peberian tapak itu setelag diberi 'angpow'. Kawan ayah, Pak Cik Gurkha pun lebih kurang macam Tuan Hj.Hasbi. Dia pujuk ayah buatrumah dikampunya. Ayah tengah banyak wang persaraan dan senang hendak pinjam. Rumah kami walaupun dibuat ala kadar, tetapi cantik juga. Kami diam di sana lebih kurang 2 tahun sahaja. Rumah tersebut telah dijual dan kami pun balik ke Selangor. Perkara yang menyebabkan kami pindah ialah kerana ramai orang tidak suka pada ayahku kerana kami orang datang. Setiap malam minggu, ada saja orang mabuk main motorsikal di hadapan rumah, bukan main bising lagi. Bila tegur mulalah nak cari gaduh. Ayah melaporkan kepada polis, polis tangkap kemudian lepad dan buat lagi. Lama-lama jadi bosan. Bukan itu sahaja, mereka panjat rumah tengah malam bila dikejar cabut lari. Bukan orang lain, semua suku sakat dalam kampung itu juga. Ayah, bila tidak ada kerja dia rajin berkebun, tanam jagung, pisang dan sebagainya. Bila jagung sudah besar, ada pula orang tebas. Ayah naik bengang, ugut nak lari balik ke Selangor, yang menjadi mangsa ibu dan aku.

    Akhirnya, ibu dan aku ikut ayah balik ke kampung halamanya di Selangor. Diam dirumah atuk agak selesa tetapi ibu kena kerja kuat kerana nenek berniaga makanan. Siang jadi malam dan malam jadi siang. Tidak sampai sebulan, ada pula desas-desus mengatakan ayah balik hendak jadi 'bos'. Ayah anak lelaki yang sulung. Sindir-menyindir terhadap ibu ada saja setiap hari. "Sudah nak papa kedana baru nak balik", sindiri mereka lagi. Ayah tahan sabar. Tahan punya tahan akhirnya meletup juga. Kami pindah ke Kuala Lumpur nak cari projek menurut ayah. Nasib baik juga adik perempuan ayah prihatin. Di Kuala Lumpur, ibu menjaga sepupu aku sebab kedua ibu bapa mereka bekerja. Kami sekolah agama rakyat. Ayah tidak bekerja, hanya makan duit pencen, manalah cukup. Lama-lama tidak tahan juga dan akhirnya balik ke Kuching sebab ada kawannya berjanji hendak buat perniagaan. Kawan ayah seorang cina jutawan jadi kontraktor, Mr.Foo namanya. Orang cina kalau kita jujur dengan mereka, mereka sangat hormat dan mengalahkan bangsa kita sendiri, nasihat ayah pada suatu hari. Ayah sudah lama diam di Kuching dan senang cari kawan.

    Balik ke Kuching, ibu dapat kerja dan ayah buat projek. Lebih malang lagi barang kemas ibu pula kena curi dipejabatnya. Ibu pun dah buat laporan polis dan hingga hari ini tidak ada berita. Nasib belum menyebelahi kami, aku tetap berdoa' ke hadirat Ilahi agar membuka seluasnya pintu rezeki buat ayah dan ibu. Bila aku kenangkan semua itu hati aku bertambah bimbang. Mana tidak, mungkin kali ini ayah betul-betul melarikan diri dan tinggalkan aku dan ibu di Kuching. Keluarga ibu tidak suka pada ibu kerana berkahwin dengan ayah, kemanalah tempat kami hendak mengadu. Biar apa pun terjadi, aku fikir ayah tetap sayang padaku. Perniagaan ayah bertambah maju, dia mendapat kontrak yang bernilai jutaan. Keadaan ayah masih seperti dahulu, sekejap hendak menetap di Kuching, sekejap hendak balik ke Kuala Lumpur. Mungkin sebab itulah ayah hendak buat rumah sementara sahaja, andaian aku........

bersambung....

    






No comments:

Post a Comment