Episode [1] *Kemelut*
Sayup-sayup lagu dendangan penyanyi Ziana Zain kedengaran dicorong radio ke udara di tengah malam sepi dan dingin. Begitu syahdu kisah percintaan dan lirik "Kemelut Di Muara Kasih" itu sungguh mengasyikkan. Perenggan lagu "Sebenarnya langkah terkunci" bunyinya sangat menyentuh hati ku yang mana kisah percintaan yang tidak berkesudahan seperti kehidupan aku ini. Lagu dimainkan dan diselangseli pula dengan celoteh juruhebah yang kadangkala mencuit hati, inilah pentas dunia yang diciptakan oleh Tuhan untuk hambanya. Aku masih mentelaah pelajaran dan ayah masih belum tidur, terconggok di hadapan kaca televisyen dan sesekali aku dengar ada keluhan panjang. Entah apa yang di keluhkan pun aku tidak tahu, mungkin keadaan hiduonya dirantau orang atau mengenangkan kampung halamannya. Kesian ayah, wajah seorang pesara tentera yang masih gagah walaupun usianya telah meningkat 50'an dan rambutnya sudah memutih, unggul bekerja mencari nafkah dirantau orang. Akhir-akhir ini keadaan ayanh sudah banyak berubah dan kesihatan pun terganggu, walaupun begitu semangat wiranya masih garang untuk meyara kami sekeluarga. Dialah segalanya buatku, tanpanya di dunia ini aku rasa mungkin sukar hendak menikmati segala kemudahan yang telah tersedia.
Dalam sibuk aku mengelamun mengenangkan akan masa depanku samada cerah atau sebaliknya, tiba-tiba mengimbau kembali akan peristiwa yang menimpa ayah dan ibuku, peristiwa yang menyedihkan berlaku beberapa tahun dahulu. Andainya sesuatu yang tidak baik berlaku pada mereka waktu itu sudah tentunya aku kini menjadi sebatang kara. Peristiwa itu masih segar dalam ingatanku seolah-olah baru semalam berlaku dan tidak dapat dilupakan hingga ke akhir hayatku. Susulan dari peristiwa itu, ayah cukup tertekan bukannya kerana kerugian wang ringgit tetapi bagaimana ia diperlakukan seperti binatang oleh sesama insan. Bukan sahaj ayah tetapi ibu juga turut terlibat. Seorang wira yang mempunyai semangat juang dan melawan terpaksa akur kepada takdir. "Sepuluh jong masuk, anjing tetap bercawat ekor", itulah peribahasa yang ayah tujukan kepada kumpulan manusia yang nama sahaja orang islam tetapi perangai mereka lebih hina dari binatang. Bila kuamati kata-katanya ada juga kebenarannya setelah peristiwa pahit dan malang menimpanya.
Sehingga hari ini kami belum memiliki sebuah rumah pun. Sejak aku dilahirkan aku belum merasa tinggal pada satu tempat dengan begitu lama atau kekal. Kami berpindah begitu kerap dari Kuala Lumpur ke Kuching dan balik ke Kuala Lumpur dan balik Kuching lagi. Menyewa disana-sini dan sampai pernah tinggal di Kantin Sekolah. Umpama 'Tujuh Kali Pindah Papa' mungkin kami sudah papa jika betul-betul keramat. Akhir-akhir ini ayah mempunyai simpanan berkat titik peluhnya hasil dari perniagaannya. Ayah sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan tanah yang agak murah tetapi terjamin bagi mendirikan sebuah rumah yang selesa untuk kami. Ayah lebih berminat membina rumah di atas tanah sendiri dari membeli rumah perumahan, "Kurang selesa", kata ayah. Ayah ingin membina rumah untuk kami. Katanya, jika dia mati pun sudah tentunya dia akan berasa aman.....
bersambung....
No comments:
Post a Comment