Tuesday, 31 December 2013

Episode [3] *Kemelut*


Episode [3] *Kemelut*

    Tanah sudah dibeli. Ibarat perahu sudah di air dayung sudah di tangan. Bila lagi hendak mudek. "Bor-mengebor, rak-mengerak", bunyi macamlah lagu Pak Tambang. Persoalannya ialah tapak tersebut ialah kawasan banjir nombor satu. Persoalan kedua bagaimana hendak buat rumah? Kalau buat rumah kayu sebarangan nanti hanyut dipukul gelombang. Kalau buat rumah batu sebarangan juga nanti senget, tiba-tiba runtuh di tengah malam. Ayah berminat dengan rumah Pak Cik Jamal, tiang rendah, di dalam rumah luas dan ada jamban tarik. Cantik rumahnya, baru sahaja didirikan dengan kos lebih kurang RM 40,000.00. Bersabit hal bau jamban, ada cerita baru. Rupa-rupanya ada seorang hamba Allah bernama Pak Jokok selang dua buah rumah berdekatan. Mengadulah Pak Cik Jamal kepada ayah bahawa Pak Jokok ini kerjanya 'pow' orang sahaja. Kemana hendak menghala 'blow' jamban yang wnagi itu? Ke udara gayat, ke laut lemas, ke darat menghala rumah Pak Jokok. Huh!, serba salah dan bertambah runsing ayahandaku. Pak Cik Jamal ini asyik bawa cerita samseng Pak Jokok pula. Pak Jokok ini macam samseng kampung, sudah banyak orang kena belasah oleh gengnya tidak kira tua, muda atau budak-budak. Orang kampung simpan dendam tetapi tidak mengadu kepada pihak berwajib sebab takut 'diintai' oleh geng Pak Jokok ini yang ramai terdiri dari suku sakatnya. Mungkin dah keturunan agaknya!

    Hal Pak Jokok ini boleh dibawa berunding jelas Pak Cik Jamal. Usah bimbang, ini perkara kecil sahaja. Hal tanah selalu kena banjir pun dapat diatasi dengan menemboknya supaya rata dengan jalan raya. "Cantik dan 'best' ", kata Pak Hj.Hasbi. Akhir-akhir ini Pak Hj.Hasbi pun selalu melawat tapak tanah tersebut, tanah di tepi jalan raya sekali. Buat kedai pun jadi, apa lagi kalau buat rumah batu, macam istana Balkis, seakan bunyinya. Angan-angan Mat Jenen. Bila lapang ayah dan ibu pergi ketapak tanah tersebut. Walau pun sudah ditebas, ditanda, dipancang dan diukur namun masih curiga. "Takut ada orang tak suak", kata ayah. Kita orang datang mesti hormat habis-habisan kat Pak Jokok. Pak Jokok ada geng, putih katanya putih, hitam katanya hitam, mengalahkan Tok Penghulu dibuatnya. Walauoun sudah berbulan bertandang di Kampung NJ ini, namun kelibat Pak Jokok tidak pernah ditemui, ibarat ada suara rupa tiada, macam halimunan. Mungkin Pak Jokok suka keluar waktu malam sahaja macam kelawar atau dracula. Ayah tidak bimbang akan Pak Jokok keran bukan hendak cari gaduh tetapi hendak bermasyarakat.

    Tidak semena-mena kaki ayah dan ibu sakit macam dicucuk jarum dari tumit hingga ke pinggang setiap kali pergi ke tanah tersebut. Peliknya mereka berdua tiba-tiba jatuh sakit. Takut juga kena sampok atau badi. Kalau percaya membuta tuli nanti syirik pula. Tidak percaya, sakit depan mata. Tanah tersebut asalnya kedai cina, tuannya sudah pun lari, dibeli oleh Hj. Sikh dan dijual pula pada Nenek Umar. Tanah tidak ada surat,  mungkin tanam minyak buat pagar atau apa saja yang mistik. Ayah sangat bingung tentang penyakit ini kerana khuatir buatan orang pula. Kedua orang tua aku ini pun berubat dengan dukun untuk mencari penawarnya. Bila baik, pergi lagi ketapak tersebut dan sakit lagi. Geleng kepala ayahku, apa kejadahnya! Suatu hari isteri Pak Cik Jamal mengersyorkan berubat kepada dukun Indon Hj.Anwar tetapi tidak kesampaian hingga ke hari ini. Misteri tinggal misteri tanpa sebarang jawapan........

bersambung......

Monday, 30 December 2013

Episode [2] *Kemelut*


Episode [2] *Kemelut*

    Hari Raya tahun itu, aku, ayah dan ibu telah bertandang ke rumah kawan rapat ayah, Tuan Hj.Hasbi di Kampung NJ. Suasana bukan main riang lagi memandangkan ayahku sudah lama tidak berjumpa dengan mereka. Tambahan lagi sahabatnya itu tidak lama lagi akan berangkat ke Tanah Suci. Pelbagai kenangan silam timbul kembali. Dari keadaan kampung yang bertiti kini sudah mempunyai jalanraya. Ayahku juga seorang kaki pancing, begitu juga dengan Tuan Hj.Hasbi ini. Mereka mempunyai hobi yang sama. Habis cerita pasal hobi masuk pula cerita peribadi. Tuan Hj.Hasbi ini ialah guru mengajar Al-Quran. Suka juga hati aku hendak belajar mengaji Al-Quran dengannya. Tiba-tiba sahabatnya mengesyorkan agar kami menetap di kampung tersebut diam berdekatannya. "Ada sebidang tanah tiada lot atau geran hendak dijual", kata Tuan Hj.Hasbi. "Mengenangkan kawan, kalau tak tolong kawan nak tolong siapa lagi", tambahnya. Ayah bukan main gembira sekali ibarat 'orang mengantuk disorong bantal'. Tidak sabar-sabar ayah hendak melawat tapak. Sebaik sahaja hendak pulang Tuan Hj.Hasbi pun terus sahaja mengajak ayah pergi meninjau kawasan tanah yang dimaksudkan dn jaraknya tidaklah jauh sangat dari rumahnya.

    Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas sekali. Ayah masih belum memikirkan untuk membeli tanah tersebut. Perkara yang merunsingkan ayah kalau tanah tersebut tidak bergeran dan hanya membuat perjanjian sesam sendiri. "Takut pisang berbuah dua kali", keluh ayah. Sahabatnya ada juga beberapa kali menelefon samada jadi atau sebaliknya keran tuan tanah sudah beria-ia hendak menjualnya. Setelah berunding dengan tuan tanah yang dikenali sebagai Nenek Umar, ayah memberitahu ibu bahawa tanah tersebut berharga RM 7,000.00 dan tak boleh ditawar. Ayah telah pun berjanji untuk membelinya, maklumlah tanah ditepi jalan. Hendak dikatakan tidak ada surat, tanah seluruh kampung tersebut pun bukan ada surat. Tanah milik orang cina di depan kampung itu ada surat pula, orang cina memang bijak.

    Nampaknya ayah sangat puas hati kerana tanah tersebut di tepi jalan besar dan berhampiran pula dengan sekolah. Ibu juga turut gembira membeli tanah tersebut dan surat perjanjian telah ditandatangani atas namanya. Wang pun telah dibayar untuk ganti penat lelah atau dengan lain maksudnya jual juga. Semua orang yang terlibat telah diberi 'angpow' oleh ayah. Bukan main sengih lagi Nenek Umar, tuan tanah itu kerana sudah beberapa kali hendak jual asyik tidak jadi sahaja. Entah di mana silapnya pun tidak tahu.

    Ayah dan ibu selalu sahaja melawat tapak tanah tersebut. Tanah tidak ada geran takut-takut terbeli tanah orang. Buat-buat ada orang yang membawa parang, nahas pula nanti. Terdapat pula kawan ayah di sebelah tapak tanah tersebut dan pernah berkerja bersama-samanya di Kem Tentera. Bukan main yakin lagi abah kerana sudah ada kawan. Akuu pun selalu mengikut ayah dan ibu ke sana tapi hanya diam di dalam kereta kerana aku rasa kurang selesa melihat keadaan sekeliling. Aku pun tidak tahu mengapa. Ayah seorang yang berfikiran jauh, ia mula bertandang kerumah jiran-jiran yang berdekatan menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah di sana. Pada mulanya keadaan nampak baik dan sentosa, tidak tahulah kalau mereka pandai berlakon sahaja.

    Setiap kali ayah menjenguk tapak tersebut sudah pastinya dia akan singgah ke rumah Pak Cik Jantan dan Pak Cik Jamal. Kedua-dia kelurga ini sangat peramah dan periang serta mengalukan kedatangan ayah. Mereka dengan sukarela mengukur dan menanda kawasan tapak tersebut. Apa lagi ayah, melihat mereka begitu baik tidak sedar not merah keluar dari poketnya, diberikan kepada mereka buat upah bersih kawasan dan sebagainya. Ibarat macam kerja perisikan 'heart and mind'. Kerja ini memang pakar buat ayah kerana beliau seorang tentera. Niat ayah baik tetapi syaitan yang berketayap di kampung tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar......

bersambung...

Saturday, 28 December 2013

bie... plsss forgive me....


oh my dear bie.... please forgive me.. i'm promise i wouldn't do it again... i really miss you... love u so much.. please bie... forgive me... i know how angry you are and how sorry i am for all that happened between us.. i truly didn't mean it..

Friday, 27 December 2013

Episode [1] *Kemelut*


Episode [1] *Kemelut*

    Sayup-sayup lagu dendangan penyanyi Ziana Zain kedengaran dicorong radio ke udara di tengah malam sepi dan dingin. Begitu syahdu kisah percintaan dan lirik "Kemelut Di Muara Kasih" itu sungguh mengasyikkan. Perenggan lagu "Sebenarnya langkah terkunci" bunyinya sangat menyentuh hati ku yang mana kisah percintaan yang tidak berkesudahan seperti kehidupan aku ini. Lagu dimainkan dan diselangseli pula dengan celoteh juruhebah yang kadangkala mencuit hati, inilah pentas dunia yang diciptakan oleh Tuhan untuk hambanya. Aku masih mentelaah pelajaran dan ayah masih belum tidur, terconggok di hadapan kaca televisyen dan sesekali aku dengar ada keluhan panjang. Entah apa yang di keluhkan pun aku tidak tahu, mungkin keadaan hiduonya dirantau orang atau mengenangkan kampung halamannya. Kesian ayah, wajah seorang pesara tentera yang masih gagah walaupun usianya telah meningkat 50'an dan rambutnya sudah memutih, unggul bekerja mencari nafkah dirantau orang. Akhir-akhir ini keadaan ayanh sudah banyak berubah dan kesihatan pun terganggu, walaupun begitu semangat wiranya masih garang untuk meyara kami sekeluarga. Dialah segalanya buatku, tanpanya di dunia ini aku rasa mungkin sukar hendak menikmati segala kemudahan yang telah tersedia.

    Dalam sibuk aku mengelamun mengenangkan akan masa depanku samada cerah atau sebaliknya, tiba-tiba mengimbau kembali akan peristiwa yang menimpa ayah dan ibuku, peristiwa yang menyedihkan berlaku beberapa tahun dahulu. Andainya sesuatu yang tidak baik berlaku pada mereka waktu itu sudah tentunya aku kini menjadi sebatang kara. Peristiwa itu masih segar dalam ingatanku seolah-olah baru semalam berlaku dan tidak dapat dilupakan hingga ke akhir hayatku. Susulan dari peristiwa itu, ayah cukup tertekan bukannya kerana kerugian wang ringgit tetapi bagaimana ia diperlakukan seperti binatang oleh sesama insan. Bukan sahaj ayah tetapi ibu juga turut terlibat. Seorang wira yang mempunyai semangat juang dan melawan terpaksa akur kepada takdir. "Sepuluh jong masuk, anjing tetap bercawat ekor", itulah peribahasa yang ayah tujukan kepada kumpulan manusia yang nama sahaja orang islam tetapi perangai mereka lebih hina dari binatang. Bila kuamati kata-katanya ada juga kebenarannya setelah peristiwa pahit dan malang menimpanya.

    Sehingga hari ini kami belum memiliki sebuah rumah pun. Sejak aku dilahirkan aku belum merasa tinggal pada satu tempat dengan begitu lama atau kekal. Kami berpindah begitu kerap dari Kuala Lumpur ke Kuching dan balik ke Kuala Lumpur dan balik Kuching lagi. Menyewa disana-sini dan sampai pernah tinggal di Kantin Sekolah. Umpama 'Tujuh Kali Pindah Papa' mungkin kami sudah papa jika betul-betul keramat. Akhir-akhir ini ayah mempunyai simpanan berkat titik peluhnya hasil dari perniagaannya. Ayah sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan tanah yang agak murah tetapi terjamin bagi mendirikan sebuah rumah yang selesa untuk kami. Ayah lebih berminat membina rumah di atas tanah sendiri dari membeli rumah perumahan, "Kurang selesa", kata ayah. Ayah ingin membina rumah untuk kami. Katanya, jika dia mati pun sudah tentunya dia akan berasa aman.....

bersambung....

Wednesday, 18 December 2013

Episode [01] ~Playgirl~

Episode [01]

    Cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat dan ketertarikan pribadi. Dalam konteks filosofi cinta merupakan sifat yang baik yang mewarisi kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang. Pendapat lainnya, cinta adalah sebuah aksi/kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, berupa pengorbanan diri, empatu, perhatian, kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan mahu melakukan apa pun yang diinginkan objek tercebut.



    Percintaan bermula sejak di bangku sekolah. Orang kata, cinta zaman sekolah cinta monyet, kalau tak pun cinta buta. Betul ker? Cinta tak semudah petik jari, tetapi cinta yang sejati sukar di cari. Percintaan 'Playgirl' sejak dari darjah 6. Sehingga ke tingkatan 1, 'Playgirl' masih sama sekolah dengan lelaki A. Bagi 'Playgirl' itulah lelaki A yang pertama dan terakhir. 2 tahun menjalinkan percintaan dan pada masa yang sama seperti seorang sahabat. Bagi 'Playgirl' dialah sahabat, teman berkongsikan cerita, teman untuk belajar bersama dan dialah kekasih.

...Hari lahir lelaki A semakin hampir....

#'Playgirl' suka mengumpul "snow globe" :



Oleh kerana penggemar, pencari dan pengumpul snow globe, 'Playgirl' berhasrat untuk menghadiahkan snow globe kepada lelaki A sempena hari lahir lelaki tersebut. Kejutan yang ingin dibuat 'Playgirl' tak kesampaian. Snow globe yang di bawa oleh 'Playgirl' jatuh dan pecah begitu juga hati nya hancur melihat kecurangan lelaki A di depan matanya. 

"Patutlah sejak beberapa hari nie, kau asyik mengelak untuk makan bersama, calling pun jarang.." keluhan hati nya dan duduk bersendirian di belakang dewan sehingga waktu balik. 

Keesokan hari nya, 'Playgirl' kuatkan semangat untuk turun ke kelas seperti biasa. 'Playgirl' sanggup mengelak daripada berjumpa lelaki A. Setiap sms dan panggilan lelaki A, 'Playgirl' akan reject dan tukar kepada nombor HP lain. 'Playgirl' kini banyak mengalami masalah. Salah satu nya, bergaduh dengan kawan sekelas nya bahkan masalah itu datang bukan lah dari 'Playgirl'. Sehingga ayah 'Playgirl' mendapat banyak adauan dan mengambil keputusan untuk menukar sekolah 'Playgirl'.  

'Playgirl' bersetuju untuk pindah, dan biarkan semua kenangan manis dan pahit dilupakan...

bersambung...