Friday, 3 January 2014

Episode [5] *Kemelut* (Episode akhir)....


Episode [5] *Kemelut* (Episode akhir)....

    Dalam minggu itu, hujan pula turun tidak berhenti-henti, bagai orang menangis kematioan laki. Mr.Alan tidak dapat ambil tanah kerana bukit basah. Jika jalan kotor, susah juga nanti. Macam-macam alasan bila kerja hendak disegerakan. Ayah tetap sabar. Tiba-tiba Mr.Alan cari ayah di Kantin Sekolah. Buat sebutharga untuk tembok tanah. Ayah pun setuju.

    Hari itu cuaca memang panas, kabus tebal sejak waktu pagi menandakan cuaca akan panas hingga ke petang. Hari Sabtu, hari jadi ayah, hari yang membawa berkat atau hari musibah, semuanya adalah ketentuan dari tuhan. Kerja mesti dilaksanakan, "kalau tidak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya". Jam 11.00 am, Mr.Alan telefon ayah minta tolong upah orang cuci jalan kerana jalan kotor disebabkan tanah merah, dikhuatiri nanti dimarahi oleh orang kampung. Ayah pun pergi melawat ke tapak, jalan memang menjadi kotor. Ayah pun mengupah keluarga Pak Cik Jantan seperti yang disuruh oleh Mr.Alan untuk membersihkan jalan dan rekod bilangan 'trip' lori supaya senang hendak kira nanti. Kerja menembok tanah pun berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dari geng Pak Jokok. Mr.Alan pun bukan sembarangan orang. Kerja-kerja menembok tapak pada hari itu tidak habis kerana kesuntukan masa.

    Hari Sabtu itu memang panas, habis waktu maghrib pun masih panas. Ayah dan ibu dengan menaiki motorsikal pergi ke rumah Pak Cik Jantan kerana hendak membayar upah mereka. Mr.Alan memberitahu ayah bahawa kerja menembok tanah akan disambung esok, hari Ahad. Mengenai jalan raya kotor atau sebagainya adalah tanggungjawabnya. Jika ada yang tidak puas hati, bolehlah berunding dengannya kata Mr.Alan.

    Malam itu malam geroh. Sejak ayah dan ibu turun dari Kantin Sekolah, hati aku jadi berdebar-debar. Rupa-rupanya sebaik sahaja ayah membayar upah Pak Cik Jantan tiba-tiba datanglah kuncu Pak Jokok berduyun-duyun mengadu bahawa jalan raya kotor. Sebenarnya, jalan raya itu sudah dibersihkan tetpi kesan tanah merah tidak dapat dihilangkan kecuali dicuci dengan air. Keluarga Pak Cik Jantan macam panik sahaja. Ayah tidak takut, bukan soal negara hendak diserang musuh. Ayah dan ibu mengikut mereka hendak berunding katanya. Minta wang buat cuci jalan, bagaiman kerja belum habis? fikir ayah. Ini bukan soal jalan kotor tetapi soal hendak peras ugut. Orang kampung tidak merungut pun dan bukanlah kotor sangat!

    Ayah pun berjumpa dengan Pak Jokok. Pak Jokok bukan main berlagak lagi, maklumlah pada waktu senja, betul-betul macam dracula hendak menghisap darah orang. Ayah minta mereka bertenang dan berjumpa dengan Pengurusi Kampung, Hj.Hasbi. Mereka bersetuju. Hj.Hasbi hendak berjemaah di surau bersama makmum bersembahyang fardhu 'Isyak. Pak Jokok tidak mengambil kira hal agama. Geng Pak Jokok seramai lima orang mengikut ayah dan ibu ke surau. Mereka pun memanggil Hj.Hasbi. Mereka memaksa jalan dibersihkan malam itu juga dengan air. Hj.Hasbi turun dari surau meminta mereka bertenang. Hj.Hasbi memberitahu bahawa kekotoran tinggal sedikit sahaja dan orang-orang kampung pun tidak merungut. Pak Jokok tidak berpuas hati dan cuba mencari alasan. Pak Jokok pun minta ayah membayar wang peras ugut dan tidak dibenarkan meninggalkan kampung tersebut. Mereka merampas kunci motorsikal. Ayah memberitahu mereka bahawa kerja menembok belum habis dan segala kekotoran adalah di bawah tanggungjawab kontraktor Mr.Alan. Mr.Alan ada mengupah keluarha Pak Cik Jantan untuk membuang kotoran tersebut. Pak Jokok masih tidak berpuas hati dan sambil mendabik dada bahawa kes ini mesti diselesaikan dengan menumbuk ayah. Suara lantang Pak Jokok terus memberitahu semua jemaah bahawa jika hendak membeli tanah di kampung itu mestilah dengan kelulusannya bukan Tok Penghulu. Semua orang masuk ke kampung tersebut hendaklah hormat dengannya bukan Tok Penghulu atau Pengurusi Kampung. Hebat betul dia, jaguh kampung mengalahkan Pak Menteri.

    Selagi tidak mendapat wang tersebut Pak Jokok mula bertinju. Gengnya memegang ayah dari belakang, ibu membenteng ayah. Pak Jokok lalu menendang dan menumbuk ayah dan ibu dengan dibantu oleh gengnya. Pak Jokok menendang ayah seperti menendang anjing. Ibu memarahi mereka, ibu tidak takut. Ibu sangat sayangkan ayah. Kasih sayang ibu terhadap ayah tidak dapat dibanding, lebih hebat dari nostalgia cinta lagu Ziana Zain. Ibu sanggup mati kerana ayah. Ibu benteng ayah dengan topi keledar agar geng Pak Jokok sukar menyerang ayah. Pak Jokok mengugut ibu. Ibu cabar Pak Jokok. Ibu jata malam ini hujan turun dan boleh bersihkan jalan. Pak Jokok ketawakn ibu. Ibu memang keramat, doa' ibu dimakbul Tuhan dan malam itu memang hujan lebat. Allah melihat perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka mendapat balasan yang setimpal supaya insaf. Ayah tidak melawan kerana geng Pak Jokok ramai dan khuatir akan keselamatan ibu serta dirinya. Andai sesuatu yang buruk terjadi, apa pula nasib diriku ini. Kepada Siapa pula hendak aku mengadu. Ya Allah, tolonglah kami!.

    Keadaan menjadi tidak terkawal dan hanya diperhatikan oleh semua jemaah dari atas surau seperti adegan drama. Hj.Hasbi dan temannya yang ingin membantu turut dibelasah oleh Pak Jokok. Akhirnya ayah bersetuju membayar wang peras ugut. Pak Jokok bukan main megah lagi kerana telah berjaya dengan misinya.

    Dimana-mana saja terdapat samseng kampung seperti kumpulan Pak Jokok ini. Mereka ini kaki mabuk dan malas bekerja. Mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang. Mereka "beraja di mata dan bersultan di hati". Mereka tidak takut kepada undang-undang. Mereka adalah bekas banduan yang tidak insaf dan boleh digelar penyangak tegar. Keluar masuk lokap menjadi perkara biasa bagi mereka. Mengapakah tiada pencegahan oleh pihak berkuasa ke atas mereka ini seperti membenteras dadah?

    Ayah mengalami kecederaan serius dibadannya. Nasib baik ibu tidak mendapat kecederaan. Ayah telah membayar wang peras ugut seperti diminta oleh mereka. Ayah dan ibu melarikan diri dengan selamat dari kampung neraka jahanam tersebut. Malam itu memang malam jahanam. Ibu tetap tidak berpuas hati lalu membuat laporan polis. Ayah mengalami kesakitan, bekas tendangan dan tumbukan Pak Jokok meninggalkan kesan yang teruk tetapi lebih malang ialah maruahnya tergadai seperti seekor binatang. Kawan ayah, Mr.Foo datang melawat dan membelikan ubat. Beliau menasihatkan ayah supaya banyak bersabar.

    Selama seminggu ayah terbaring. Pada malam itu ayah menelefon aku di Kantin Sekolah tempat kami diam memberitahu kecelakaan yang berlaku. Aku menangis dan teramat sedih akan kejadian menimpa kedua orang tuaku. Aku mengenali ayah kerana dia ayah kandungku. Ayah mempunyai prinsip disiplin yang tinggi. Ayah tidak suka kepada kemungkaran dan pasti dia akan ambil tindakan melalui lunas undang-undang. Hanya Allah sahaj yang dapat menyelamatkan kami, lebih-lebih lagi terhadap ayahku. Ayahku dikasih Tuhan dan peringatanNya telah datang kepada ayah beberapa kali tetapi ayah tidak menyedari. Aku berdoa' kepada Allah Yang Mahakuasa memohon perlindungan dan keselamatan bagi kmai sekeluarga. Mudah-mudahan doa' aku ini dimakbulkan oleh Tuhan.

    Kini ayah telah banyak berubah dan berserah kepada ketentuan Allah Yang Maha Menetapkan. 

    Tanah tersebut telah dijual dengan harga RM 5,000.00 kepada orang lain. Pada masa itu, kami sudah diam diperumahan dan dapat memeliki rumah sendiri. Dengan wang tersebut sebagai hadiah ayah membelikan piano untuk aku sebagai ganti akan tanah itu. Dengan setiap key piano yang aku tekan dan aku alunkan dengan lagu dapat meredhakan kemarahan dan kesedihan ayah tentang peristiwa pahit iu. 

    Tahun berganti tahun, kami terserampak dengan orang kampung tersebut dan becerita tentang perihal Pak Jokok. Dimana Pak Jokok sudah pun meninggal dunia dan pelbagai dugaan telah menimpa Pak Jokok. Salah satunya, ketika hendak memungut wang peras ugut beliau di parang oleh gengster Cina sehingga tangan beliau putus dan tinggal 2 jari sahaja dan akibat kematian Pak Jokok disebabkan kemalangan kereta yang tidak tahu punca asal kemalangan beliau......

Ingatlah... Nasib kita semua ada ditanganNya.... 

-TAMAT-


Wednesday, 1 January 2014

Episode [4] *Kemelut*


Episode [4] *Kemelut*

   Pengalaman mendirikan rumah buat kami sekeluarga bukanlah kali pertama. Sebaik sahaja ayah pencen kami telah mendirikan rumah di pinggir sebuah kampung, terletak di atas bukit berhadapan dengan sungai, ada loji penapis air. Tanah rumah ini pun tanah kampung tanpa geran hanya belas ihsan dari Ketua Kampung. Ketua Kampung pun meluluskan peberian tapak itu setelag diberi 'angpow'. Kawan ayah, Pak Cik Gurkha pun lebih kurang macam Tuan Hj.Hasbi. Dia pujuk ayah buatrumah dikampunya. Ayah tengah banyak wang persaraan dan senang hendak pinjam. Rumah kami walaupun dibuat ala kadar, tetapi cantik juga. Kami diam di sana lebih kurang 2 tahun sahaja. Rumah tersebut telah dijual dan kami pun balik ke Selangor. Perkara yang menyebabkan kami pindah ialah kerana ramai orang tidak suka pada ayahku kerana kami orang datang. Setiap malam minggu, ada saja orang mabuk main motorsikal di hadapan rumah, bukan main bising lagi. Bila tegur mulalah nak cari gaduh. Ayah melaporkan kepada polis, polis tangkap kemudian lepad dan buat lagi. Lama-lama jadi bosan. Bukan itu sahaja, mereka panjat rumah tengah malam bila dikejar cabut lari. Bukan orang lain, semua suku sakat dalam kampung itu juga. Ayah, bila tidak ada kerja dia rajin berkebun, tanam jagung, pisang dan sebagainya. Bila jagung sudah besar, ada pula orang tebas. Ayah naik bengang, ugut nak lari balik ke Selangor, yang menjadi mangsa ibu dan aku.

    Akhirnya, ibu dan aku ikut ayah balik ke kampung halamanya di Selangor. Diam dirumah atuk agak selesa tetapi ibu kena kerja kuat kerana nenek berniaga makanan. Siang jadi malam dan malam jadi siang. Tidak sampai sebulan, ada pula desas-desus mengatakan ayah balik hendak jadi 'bos'. Ayah anak lelaki yang sulung. Sindir-menyindir terhadap ibu ada saja setiap hari. "Sudah nak papa kedana baru nak balik", sindiri mereka lagi. Ayah tahan sabar. Tahan punya tahan akhirnya meletup juga. Kami pindah ke Kuala Lumpur nak cari projek menurut ayah. Nasib baik juga adik perempuan ayah prihatin. Di Kuala Lumpur, ibu menjaga sepupu aku sebab kedua ibu bapa mereka bekerja. Kami sekolah agama rakyat. Ayah tidak bekerja, hanya makan duit pencen, manalah cukup. Lama-lama tidak tahan juga dan akhirnya balik ke Kuching sebab ada kawannya berjanji hendak buat perniagaan. Kawan ayah seorang cina jutawan jadi kontraktor, Mr.Foo namanya. Orang cina kalau kita jujur dengan mereka, mereka sangat hormat dan mengalahkan bangsa kita sendiri, nasihat ayah pada suatu hari. Ayah sudah lama diam di Kuching dan senang cari kawan.

    Balik ke Kuching, ibu dapat kerja dan ayah buat projek. Lebih malang lagi barang kemas ibu pula kena curi dipejabatnya. Ibu pun dah buat laporan polis dan hingga hari ini tidak ada berita. Nasib belum menyebelahi kami, aku tetap berdoa' ke hadirat Ilahi agar membuka seluasnya pintu rezeki buat ayah dan ibu. Bila aku kenangkan semua itu hati aku bertambah bimbang. Mana tidak, mungkin kali ini ayah betul-betul melarikan diri dan tinggalkan aku dan ibu di Kuching. Keluarga ibu tidak suka pada ibu kerana berkahwin dengan ayah, kemanalah tempat kami hendak mengadu. Biar apa pun terjadi, aku fikir ayah tetap sayang padaku. Perniagaan ayah bertambah maju, dia mendapat kontrak yang bernilai jutaan. Keadaan ayah masih seperti dahulu, sekejap hendak menetap di Kuching, sekejap hendak balik ke Kuala Lumpur. Mungkin sebab itulah ayah hendak buat rumah sementara sahaja, andaian aku........

bersambung....